PENGAJIAN MALAYSIA ( MPU 2163 )
NAMA AHLI : Abdul Majid Bin Abdul Malik (2041181001)
Nurul Atiqah Binti Muhammad Rafi (2041181015)
Nurfarha Aqila Binti Salim (2041181012)
Nurul Aqilah Binti Razaly (2041181014)
NAMA PENSYARAH : Wan Ahmad Fuad Bin Wan Ahmad Kamil
Pengenalan
Kematian merupakan perkara yang sudah pasti akan berlaku dan dipercayai oleh kebanyakan kaum yang wujud didunia ini. kematian akan berlaku kepada semua manusia tanpa mengira bangsa , agama , kaum , umur , pangkat dan darjat . Terdapat pelbagai kaum di Malaysia dengan adat kematiannya yang tersendiri . Antara kaum yang menarik dapat kami rungkaikan adalah kaum Cina , India , Melayu dan Orang Asli Temuan . Pelbagai persoalan akan timbul dalam fikiran semua manusia yang rata-ratanya ingin tahu perkara yang akan berlaku setelah proses kematian setiap kaum . Antara persoalan yang timbul adalah perbezaan tanah perkuburan setiap kaum . Seterusnya cara menguruskan mayat setiap kaum dan lain lain . Bagi merungkaikan ikatan persoalan tersebut , blog ini akan membincangkan secara khusus berkaitan adat kematian .
Masyarakat Cina sangat berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan kematian . Orang cina percaya bahawa kematian seseorang bermaksud kehidupan dunia yang telah berakhir dan bermula kehidupan seterusnya dibawah dunia .
1. Semasa kematian
Mayat akan dibersihkan dan dimandikan . Selepas itu , mayat akan disolek dan disapu dengan minyak wangi agar kelihatan cantik dan tenteram . Mayat akan dimasukkan kedalam keranda kayu yang diukir dengan bersalutkan logam dan susunan mayat ditempatkan menghala ke pintu yang membawa maksud kerelaan untuk meninggal dunia . Tarikh untuk upacara pengebumian akan dipilih oleh paderi Cina .
2. Penghormatan terakhir kepada si mati
Setiap ahli keluarga , saudara mara , dan sahabat diwajibkan menangis atau meratapi permegian si mati . Jika mereka kekurangan ahli mereka akan mengupah lebih ramai orang luar untuk menangis kepada si mati . Sesetengah kepercayaan kaum Cina akan membuat upacara sembahyang mayat . Sebelum mayat dibawa ke jerat , mereka akan membaca sedikit mentera kepada si mati . Sewaktu mengiringi mayat ke jerat , pelbagai jenis lagu tradisional atau keagamaan akan dimainkan .
3. Upacara Pengebumian
Tempat pengebumian memainkan peranan yang penting . Kawasan yang paling tinggi adalah yang lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata . Tanah perkuburan yang dihias dengan menarik melambangkan kekayaan si mati semasa hidup . Kubur yang paling besar , tinggi dan menarik menjadi lambang kemewahan kepada si mati . Ahli keluarga juga akan memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati dalam berbentuk kertas.

4. Pakaian si Mati & Ahli Keluarga
Si mati akan dipakaikan dengan pakaian Tradisional atau pakaian yang cantik bagi alam selepas mati yang dipercayai oleh kaum Cina manakala ahli keluarga perlu memakai baju berkabung yang berwarna hitam atau biru sahaja . Mereka tidak dibenarkan memakai baju bewarna merah dan memakai barang kemas kerana dianggap mempersendakan si mati dan keluarganya .
Kaum Melayu
1. Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Mayat akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan . Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Sebelum dikebumikan, mayat perlu dimandikan dengan tertib dan cermat. Adalah lebih baik jika memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri. Mayat perlu dikebumikan secepat yang mungkin.
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil si mati akan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika beliau pernah berbuat kesilapan terhadap seseorang dan akan meminta mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati.
seterusnya mayat akan di solatkan . ini bukan sahaja kerana adat melayu tetapi ianya merupakan suatu tuntutan didalam agama Islam . Harapan orang hidup pula ialah semoga simati akan berada dalam rahmat Allah , terhindar daripada siksa kubur dan bersemadi dengan tenang di alam barzakh. Maka salah satu cara untuk membantu simati bagi meringankan bebannya di alam berzakh ialah dengan doa yang dibaca ketika menyembahyangkan jenazahnya .
2. Semasa Pengebumian
Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam.
Sebelum ditimbus, sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala.
Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam. Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur .
3. Selepas Kematian
Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia.
4. Pakaian Si Mati
Mayat dibalut dengan kain kafan . Kafan maksud membalut badan jenazah dengan aturan tertentu. Proses mengafankan melibatkan penggunaan kain putih yang mencukupi beserta dengan tali, juga berwarna putih untuk mengikat seterusnya mengukuhkan lagi balutan kain kafan tersebut.Balutan lapisan bagi mayat lelaki ialah 5 lapisan manakala mayat perempuan 7 lapisan . Ini adalah untuk memelihara kehormatan dalam proses membalut mayat menggunakan kain supaya bahagian sulitnya tidak dapat dilihat oleh orang lain.
'
Kaum Orang Asli Temuan
Kaum orang asli Temuan mempunyai istilah lain untuk memberitahu berita kematian . Mereka menggunakan " dah lalu " ataupun " dah dhuluk " . Orang kampung akan berkumpul di rumah si mati dan orang lelaki akan menggali kubur untuk si mati . Terdapat beberapa aspek yang menceritakan proses kematian kaum asli Temuan .
1. Semasa jenazah berada di rumah
Mayat akan dimandikan dengan batang pisang . Mayat mereka juga akan dikapankan dengan kain berwarna putih . Ahli keluarga perlu membuat 'perengi' atau ancak . Ahli keluarga si mati juga perlu memasang pelita di kiri dan kanan mayat . Mereka perlu memastikan jari tangan si mati akan dipancak silang dan diletakkan di atas dada si mati . Semasa membaringkan mayat , mereka dikehendaki meletakkan kepala mayat ke arah matahari mati . Dari sudut lain , jika si mati adalah Lembaga Adat , ia akan ditutup dengan kain hitam . Malah , mereka juga ada kepercayaan tersendiri . Kaum asli Temuan ini percaya bahawa mereka perlu menjaga mayat dengan rapi supaya tidak dilangkah oleh kucing kerana takut si mati menjadi hantu
2 . Proses Perkebumian
Ketika hendak mengusung jenazah ke tanah perkuburan tetapi bukan waris si mati yang mengusung . Mereka perlu membayar orang lain itu dengan nilai tertentu . Nilai sebelah kepala dan bahagian kaki Rm7.00 . Ataupun mereka boleh tukarkan nilai wang dengan sesuatu benda . Contohnya lembing untuk bahagian kaki dan keris untuk bahagian kepala . Selain itu , sekiranya si mati ialah Lembaga Adat , keranda si mati perlu ditutup dengan kain hitam , malah perlu dipayungkan dengan payung hitam . Mereka juga perlu melepaskan 3 das tembakan senapang ataupun meriam ketika hendak mengusung mayat ke tanah perkuburan .
3. Tanah Perkuburan
Jika si mati adalah mayat perempuan atau lelaki yang belum berkahwin , mereka akan meletakkan batang pisang . Jika budak kecil pula , akan diletakkan jantung pisang . Di tapak tangan mayat akan dicalitkan dengan tanda 'X' . Mayat perempuan akan diletakkan menyereng dan buat bilik . Mayat perempuan akan diletakkan di dalam bilik . Kepala mayat perempuan akan diletakkan ke arah matahari mati . Jikalau mayat lelaki mayatnya akan diletakkan secara telajuk .
Bagi ukuran kubur untuk si mati , selalunya sedalam 7 kaki dan 3 kaki lebarnya dan panjang perlu mengikut saiz si mati . Di atas mayat , disusun pula dengan tujuh batang kayu. Di atas kubur pula , akan dipacakkan dengan tiang dakak . Tanah badan si mayat perlu diletakkan semula ketika kebumikan mayat . Perkuburan mayat akan disimen pada hari ketujuh.
4. Sebelum meninggalkan tanah perkuburan
Mereka akan memberi makan kepada roh si mati dan kemiyan akan dibakar di perkuburan itu . Untuk memberi makan kepada si mati , mereka perlu bunyikan loceng 7 kali ataupun hentak kaki 7 kali dan sebut nama si mati . Mereka memberi makan kepada roh si mati itu 3 kali pada hari ke 3 , hari ke 7 dan Hari ke 100 selepas kematian .
Selepas perkebumian, kaum Temuan ini percaya , hantu di tanah perkuburan akan ikut balik , maka mereka menaburkan beras basuh ataupun tepung tawar semasa perjalanan pulang . Ahli keluarga si mati juga akan membasuh tangan orang yang pergi ke kubur dengan isi limau , beras dan daun serai . Air itu akan disembur menggunakan daun serai menghilir sungai dengan tujuan tertentu.
Kaum India
Masyarakat india mempercayai mati adalah konsep kelahiran semula, iaitu ibarat tidur dan akan bangun semula selepas tidur . Sarjan india juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur tetapi roh akan kembali ke alam barzakh .Mayat akan dibakar atau dikebumikan untuk melaksanakan upacara ini , pelbagai adat tertentu akan dilakukan .
1. Semasa Kematian
Mayat akan diletakkan di ruang tamu . Kepala mayat akan dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas.. Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.
2. Upacara Kematian
Terdapat 3 Upacara kematian iaitu Upacara menanggalkan Thaali, Upacara Vaaikkarisi dan kolli catti. Upacara Thaali dilakukan semasa berlaku kematian Dalam Sebuah keluarga. Thaali Ialah rantai suci perkahwinan yang Hanya boleh ditanggal Oleh isteri Setelah suaminya meninggal dunia. Bagi Upacara Vaaikkarisi, Mayat yang telah dimandikan dan dihias akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau dan sedikit makanan dimasukkan ke dalam mulut mayat menandakan pemberian terakhir. Kolli catti bermaksud periuk Tanah liat yang mengandungi api. Kolli catti dibawa Oleh Ahli keluarga si mati sama Ada anak atau Bapa. Pembawa kolli catti akan mengelilingi Mayat sebanyak 3 kali mengikut arah jam diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kalli catti sambil menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. Di pusingan ketiga, pembawa kolli catti duduk melutut di hadapan mayat tetapi tidak menghadap mayat.
3. Selepas Kematian
selepas selesai Upacara pengebumian, beberapa Adat seperti berikut akan dilakukan seperti membersihkan rumah, mengumpul abu Mayat dan berkabung. Terdapat Dua cara pengurusan abu mayat bagi masyarakat India, iaitu sama Ada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut. Tempoh berkabung pula berlangsung selama lapan atau enam belas hari.
4. Pantang Larang Kematian
Tetamu yang datang perlu memakai pakaian berwarna putih atau cerah. Seterusnya semua perhiasan dalam rumah akan ditutup dengan kain Putih. Dalam masa setahun selepas berlaku kematian, Ahli keluarga tidak boleh meraikan sebarang sambutan dan Majlis. Ahli keluarga juga tak boleh mengadakan sebarang keraian serta tak boleh sembahyang secara 'special' di kuil atau di rumah.
Penutup
Kesimpulannya , dalam setiap kaum mahupun tradisi mempunyai adat kematian yang tersendiri . Seperti kata hikmat " setiap yang bernyawa , pasti akan merasai mati " . adakah ini semua persoalan anda sudah terjawab ?
RUJUKAN
1. Buku Rujukan : Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India , China dan Jepun.
2. Buku Rujukan : Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
3. http://snsk-k2.blogspot.com/2012/11/adat-kematian-kaum-india.html
4 .http://pemakaianbm.blogspot.com/2010/08/pakaian-kaum-india.html
5. http://masyarakat-orang-asli.blogspot.com/2011/09/adat-kematian-kaum-asli-temuan.html?m=1
6. https://ms.wikipedia.org/wiki/Upacara_kematian_orang_Cina
7. http://www.academia.edu/10469933/INFO_ADAT_MASYARAKAT_MELAYU_INDIA_DAN_CHINA_SUMBER_LAMAN_WEB_JABATAN_KEBUDAYAAN_DAN_KESENIAAN_NEGARA
8. https://www.slideshare.net/mobile/ggiidoo/budaya-dan-adat-resam-orang-melayu
9.https://says.com/my/seismik/antara-adat-melayu-yang-bertentangan-dengan-islam-namun-masih-diteruskan-hingga-kini
Terima kasih untuk knowledge😍
ReplyDelete